12 Disember 2024 (Khamis) – YB Setiausaha Kerajaan Pahang telah melepaskan konvoi Misi Bantuan Pasca Banjir Sukarelawan Pahang Ke Kelantan. Seramai hampir 400 Sukarelawan Pahang telah digerakkan yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Negeri Pahang, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Majlis Tindakan Sosial Pahang dan S-GLC. Kakitangan Majlis Perbandaran Pekan turut serta menyertai misi tersebut.
Pelaksanaan misi ini merupakan tanda solidariti dan prihatin Kerajaan Negeri Pahang dalam membantu negeri-negeri yang terjejas bencana seperti yang lazimnya kita laksanakan sebelum ini.
Misi Bantuan Pasca Banjir Sukarelawan Pahang Ke Kelantan
Dikemas kini pada 7 Januari 2025, 16:30
Misi Bantuan Pasca Banjir Sukarelawan Pahang Ke Kelantan