PEKAN, 12 DISEMBER 2024 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Warung Pekan Lama untuk bersantap selepas berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) Daerah Pekan di Kampung Temai pada hari ini.
Turut berangkat mengiring ialah EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pegawai Daerah Pekan, YH Dato’ Zaliza Bin Zulkifli, Setiausaha Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja Bandar Diraja, TPr Zuraidah Binti Abdul Majid,dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Pekan.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Berkenan Bercemar Duli Berangkat Ke Warung Pekan Lama

Dikemas kini pada 7 Januari 2025, 17:33
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Berkenan Bercemar Duli Berangkat Ke Warung Pekan Lama