PEKAN, 14 JUN 2025 – Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib merasmikan cawangan baharu Family Mart di Anjung Warisan, Pekan.
Menurut YB. Dato’ Mohamad Nizar, kehadiran pasar mini ini bukan sahaja memudahkan penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui peluang pekerjaan dan peningkatan aktiviti perniagaan sekitar.
Beliau berharap kewujudan Family Mart ini dapat memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat, selain menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi mikro di kawasan Pekan. Diharapkan juga agar lebih banyak perniagaan runcit moden akan bertapak di sini, seiring dengan arus pembangunan dan keperluan masyarakat masa kini.