PEKAN, 16 JUN 2025 – Telah diadakan Perjumpaan Yang Dipertua Bersama Kakitangan Baharu Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja yang melibatkan seramai 11 orang kakitangan baharu yang dilantik.
Pada majlis tersebut turut diadakan lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam sambil disaksikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan, Mohamad Nasir bin Jusoh, AAP., serta pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua lantikan baharu yang telah terpilih menjadi warga MPP. Semoga dengan lafaz ikrar tersebut dapat membakar semangat untuk kakitangan baharu ini menjalankan tugasan dengan penuh integriti dan berdedikasi.
Selamat bertugas!