PEKAN, 10 November 2025 – Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja telah menerima kunjungan para panel penilai bagi Sesi Lawatan Penilaian Akhir Anugerah Pahang 1st โ Kategori Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) dan Anugerah Digital (ADx) tahun 2025 pada hari ini bertempat di Dewan Mesyuarat Bunga Pekan dan Bilik Latihan MPPBDR.
Anugerah Pahang 1st merupakan platform pengiktirafan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi menghargai jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menunjukkan kecemerlangan dalam pentadbiran, pengurusan sumber manusia serta pelaksanaan inisiatif digital berimpak tinggi.
Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja berasa amat berbesar hati atas pemilihan ini dan merakamkan penghargaan kepada panel penilai daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang serta agensi teknikal terlibat.
Sesi penilaian ini diharap dapat memperkukuh usaha MPPBDR dalam mengekalkan budaya kerja cemerlang, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, dan memperteguh kedudukan MPPBDR sebagai PBT yang kompetitif dan dinamik.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga MPPBDR atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar. Semoga MPPBDR terus mencapai kecemerlangan dan berjaya meraih anugerah bagi kedua-dua kategori yang dinilai.
Lihat galeri gambar di sini.
#majlisperbandaranpekanbandardiraja #Pahang1st #megahprogresifpermai #pekanbandardiraja