17 November 2025 (Isnin) – Telah berlangsung Tawaran Kerja Undi Bil. 3/2025 Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja bertempat di Kelab Golf Diraja Pekan pada pagi tadi.
Pelaksanaan kerja undi ini diadakan bagi memberi peluang kepada kontraktor tempatan untuk menyertai proses tawaran kerja yang dijalankan secara telus, terbuka dan mengikut garis panduan MPPBDR. Diharapkan inisiatif ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak MPPBDR dan kontraktor tempatan demi pembangunan kawasan Pekan Bandar Diraja.
Tahniah diucapkan kepada semua kontraktor yang berjaya dalam tawaran kerja undi kali ini.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja #MPPBDR