PEKAN, 18 Disember 2025 – Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Jawatankuasa Penduduk (JKP) diteruskan minggu ini bagi Zon 7, yang berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang merangkap ADUN Bebar dan turut dihadiri Ustaz Nasrul Hakim bin Mat Daud, Pengerusi JKP Zon 7, Dato’ Ahmad Islanizam bin. Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dan Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian MPPBDR.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja