PEKAN, 19 Disember 2025 โ Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan 2026 Jawatankuasa Penduduk (JKP) diteruskan minggu ini bagi Zon 2, Zon 5, Zon 6, Zon 20, Zon 21 dan Zon 22 yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Nasir bin Jusoh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPPBDR) dan turut dihadiri Setiausaha MPPBDR, TPr Zuraidah binti Abdul Majid, Ahli-Ahli Majlis MPPBDR, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian MPPBDR.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meringankan beban ibu bapa sekali gus menyemai semangat dan motivasi dalam kalangan pelajar bagi menghadapi sesi persekolahan baharu.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja