PEKAN, 22 Disember 2025 โ Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan 2026 Jawatankuasa Penduduk (JKP) diteruskan minggu ini bagi Zon 3, Zon 4, Zon 10, Zon 11, Zon 13 dan Zon 14 yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.
Majlis penyerahan sumbangan yang melibatkan 123 orang penerima telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Nasir bin Jusoh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPPBDR) dan turut dihadiri Setiausaha MPPBDR, TPr Zuraidah binti Abdul Majid, Ahli-Ahli Majlis MPPBDR, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian MPPBDR.
Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa serta memberi dorongan dan semangat kepada pelajar dalam menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.
Lihat galeri gambar di sini.