PEKAN, 22 DISEMBER 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyertai Program Gotong-Royong Pasca Banjir Peringkat Daerah Pekan di Taman Pelangkah, Pekan pada pagi tadi.
Keberangkatan Baginda adalah bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir dalam kalangan pesakit kronik di sekitar Taman Pelangkah, Mukim Langgar 2. Baginda turut berkenan menyampaikan kurnia dan sumbangan peribadi bagi meringankan beban mangsa, selain meninjau kerja-kerja gotong-royong pembersihan kawasan yang melibatkan agensi kerajaan serta kakitangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
Hadir mengiringi Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya, Pengelola Bijaya Diraja Utama KDPB Sultan Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) , YBhg. Encik Azora @ Ahmad bin Shamsudin, Pegawai Daerah Pekan dan Tuan Mohamad Nasir bin Jusoh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
DAULAT TUANKU
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #MegahProgresifPermai #Pahang1st #PekanBandarDiraja