PEKAN, 23 Disember 2025 โ Majlis Perjumpaan Yang Dipertua Bersama Pegawai dan Kakitangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja Bil. 3/2025 telah berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, pada pagi tadi.
Dalam ucapannya, Tuan Yang Dipertua menekankan pencapaian cemerlang MPPBDR sepanjang tahun 2025 dan menyeru semua warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik pada tahun-tahun mendatang. Sebelum majlis berakhir, beliau turut menyampaikan hadiah ulang tahun kelahiran kepada warga kerja MPPBDR bagi bulan September hingga Disember 2025.
Selepas majlis, Pemilihan Wakil MBJ Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja bagi sesi 2026/2027 turut diadakan. Semoga seluruh warga MPPBDR terus memberikan sokongan padu dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta pembangunan Daerah Pekan.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja