24 Disember 2025 (Rabu) – Telah diadakan Program Gotong-Royong Pasca Banjir Peringkat Daerah Pekan di Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia, Pekan, pada pagi tadi.
Gotong-royong pada kali ini melibatkan kakitangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dengan bantuan Jabatan Agama Islam Pahang, Pejabat Daerah & Tanah Pekan, Bomba & Penyelamat Daerah Pekan, SWCORP Pekan, Alam Flora Sdn. Bhd, Jabatan Kerja Raya Pekan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan serta guru-guru Sek. Keb. Padang Rumbia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas pengorbanan masa, tenaga, juga atas segala kerjasama dalam membersihkan dataran perhimpunan, blok bangunan dan kaki lima Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja