31 Disember 2025 (Rabu) – Telah diadakan Program Gotong-Royong Pasca Banjir Peringkat Daerah Pekan di Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan, pada pagi tadi.
Gotong-royong pada kali ini melibatkan kakitangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dengan bantuan Pejabat Daerah & Tanah Pekan, SWCorp Pekan, Alam Flora Sdn. Bhd serta Jabatan Kerja Raya Pekan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas pengorbanan masa, tenaga, juga atas segala kerjasama dalam membersihkan Sekolah Kebangsaan Temai.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja