05 Januari 2026 (Isnin) – Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Tahun 2026 bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan pada pagi tadi.
Program dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh En. Rafie bin Ismail, memohon keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT untuk seluruh warga MPPBDR dalam melangkah ke tahun baharu.
Turut hadir, Tuan Mohamad Nasir bin Jusoh, AAP, Yang Dipertua MPPBDR, TPr Zuraidah binti Abdul Majid, Setiausaha MPPBDR, barisan Ketua Jabatan dan Bahagian MPPBDR serta seluruh warga kerja MPPBDR.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja