PEKAN, 25 Julai 2026 – Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2026 Sirkit Kedua melabuhkan tirainya dengan jayanya menerusi majlis pengurniaan hadiah yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah di Kelab Golf Diraja Pekan.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut menyertai kejohanan tersebut.
Turut hadir, Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Mohamad Nasir bin Jusoh.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajuTerusPahang #Pahang1st #MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #PekanBandarDiraja #MegahProgresifPermai