PEKAN, 1 September 2026 – Telah berlangsung satu lawatan tapak bersama YB. Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, bagi meninjau lokasi cadangan pembinaan longkang yang dikemukakan oleh penduduk setempat di sekitar Tanah Perkuburan Islam Kg. Padang Polo sehingga ke belakang Kedai Warisan Satay Marto, Padang Polo.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar keadaan di lapangan serta meneliti keperluan dan cadangan penyelesaian berkaitan sistem perparitan demi kepentingan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Turut hadir Setiausaha MPPBDR, TPr Hajah Zuraidah binti Abdul Majid, wakil Majlis Kesultanan Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pekan, Jawatankuasa Penduduk Zon 13, Jabatan Kejuruteraan serta Bahagian Ukur Bahan, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
Komitmen berterusan semua pihak dalam meneliti isu setempat secara bersama merupakan langkah penting ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan, responsif dan berimpak kepada masyarakat.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajuTerusPahang #majlisperbandaranpekanbandardiraja #Pahang1st #megahprogresifpermai #pekanbandardiraja