1.Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), KPKT sedang menjalankan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pembayaran Dalam Talian Melalui PBTPay.
2.PBTPay merupakan sebuah gerbang pembayaran dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk semakan dan penerimaan pembayaran secara counterless dan cashless bagi semua bayaran bil di mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
3.Dijemput untuk menjawab soalan kaji selidik sebelum atau pada 14 Oktober 2022. Di antara objektif kajian adalah untuk menilai kecekapan tadbir urus PBTPay dan mendapatkan input untuk penambahbaikan PBTPay pada masa depan. Segala perhatian dan kerjasama dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai.
4.Sila KLIK DISINI untuk menjawab KAJIAN SOAL SELIDIK PBTPay :-
Sekian. Terima kasih.