Pembantu Tadbir (Attendan Letak Kereta) N19

Tamat tempoh pada: 21 Jun 2024
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kelayakan Akademik: SPM
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki Sahaja

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3.        
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
    2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
    3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKMTahap 3 dalambidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)
  4. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen memandu kelas B2.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Memastikan kupon meletak kenderaan dipamerkan pada kenderaan di dalam petak parker yang disediakan.
  • Memastikan kenderaan diletakkan di dalam keadaan teratur.
  • Mengenalpasti jenis kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kenderaan).
  • Mengeluarkan kompaun/ saman kepada pengguna yang ingkar/ memalsukan dokumen dan mempamerkan kupon yang menggelirukan.
Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.
Dikemas kini pada 9 Januari 2025, 20:13

Kongsi