Pembantu Kemahiran (Automatif) H19

Tamat tempoh pada: 21 Jun 2024
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kelayakan Akademik: SPM
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3.        
    1. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau
    2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau ;
    3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Mahir dalam penyelenggaraan jentera dan mesin.
  5. Berpengetahuan dalam penyelenggaraan kenderaan motor elektrik (buggy) adalah satu kelebihan.
  6. Boleh menggunakan komputer dan perisian Microsoft Word/ Excel.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Menyediakan jadual dan rekod penyeleggaraan kenderaan/jentera/mesin/buggy.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan/jentera/mesin dan buggy mengikut S.O.P. dan jadual.
  • Mengurus pembelian alat ganti kenderaan/jentera/mesin dan buggy mengikut prosedur dan arahan perbendaharaan.
  • Menyelenggara dan mengemaskini rekod keluar masuk bahan-bahan seperti petrol, diesel, minyak hidraulik, minyak pelincir dan bahan-bahan penyelenggaraan yang lain.
  • Memastikan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat kerja, setor dan peralatan.
  • Menyediakan laporan kerosakan dan penyelenggaraan aset setiap bulan kepada Ketua Jabatan.

KADAR UPAH BULANAN

RM 1,700.00

Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.
Dikemas kini pada 9 Januari 2025, 20:32

Kongsi