Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41

Tamat tempoh pada: 21 Jun 2024
Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
    2. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
    3. Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
    4. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,943.84)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.
Dikemas kini pada 9 Januari 2025, 19:02

Kongsi