Kursus Pengenalan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ( Anti Bribery Management System ) ISO 37001:2016 adalah satu usaha pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan ke arah perkhidmatan awam yang bebas rasuah. Kursus ini telah diadakan pada 24 hingga 25 Januari 2022 bertempat di Dewan Kelab Golf Diraja Pekan. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Hajah S Normalis binti Abd Samad dan disertai oleh 40 orang kakitangan yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian di MDP.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Pekan, YH Dato’ Zainal Abidin bin Md Amin. Turut hadir bersama Tuan Setiausaha MDP, Encik Mohamad Nasir bin Jusoh.