19 Mac 2022 – Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK PAHANG 2022 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.
Kejohanan itu disertai oleh 19 Pasukan yang terdiri daripada Ahli Kelab MAKSAK Pahang, dan Majlis Daerah Pekan dipilih menjadi Tuan Rumah sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.
Pasukan dari Universiti Malaysia Pahang telah menjuarai kejohanan tersebut dengan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2000.00, diikuti Majlis Perbandaran Bentong selaku Naib Johan dengan menerima hadiah wang tunai RM1000.00, Pejabat Kesihatan Daerah (Kuantan) di tempat ke -3, manakala Lembaga Pelabuhan Kuantan di tempat yg ke-4 dimana masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500.00
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Pekan, En. Mohd Nasir Bin Jusoh yang diiringi Ketua Jabatan Perhubungan Awam & Komuniti Majlis Daerah Pekan, Puan Nosila Bt Kadir selaku Pengerusi Kelab Serasi Majlis Daerah Pekan.