
PEKAN, 14 FEBRUARI 2025 – Telah diadakan Majlis Pelancaran Anti Rasuah Majlis Perbandaran Pekan 2024 – 2028, Pelan Tindakan Bandar Pintar Diraja Daerah Pekan 2030, Dashboard Pembayaran Digital MPPay Serta Majlis Perasmian Sesi Libat Urus Penyedian Laporan Hala Tuju Pembangunan MAMPAN (SDGs Roadmap) Dan Laporan Semakan Tempatan (Voluntary Local Review).
Majlis Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff.
Dalam ucapan perasmian, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff antaranya ialah :
• Pelan Antirasuah MPP 2024-2028 – Memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran.
• Pelan Tindakan Bandar Pintar DiRaja Daerah Pekan (Smart Royal Pekan) 2023 – Menjadikan Pekan sebuah bandar yang lebih pintar, cekap dan berdaya saing.
• Dashboard Pembayaran Digital MPPay – Memudahkan urusan rakyat melalui transaksi tanpa tunai.
• Sesi Libat Urus SDGs Roadmap & Voluntary Local Review – Menyusun hala tuju pembangunan mampan yang inklusif dan lestari.
Majlis yang diadakan pada hari ini bukanlah sekadar pelancaran, tetapi kesungguhan dalam memastikan Daerah Pekan terus maju dalam semua aspek, bersih rasuah, pembudayaan digital dan kelestarian untuk rakyat.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohammad Najib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Tuan Mohamad Nasir Bin Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, YB Encik Mohd Sharim Bin Haji Md Zain, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Pahang, En Che Wan Muhammed Salleh Bin Wan Adnan, Pegawai Daerah Pekan, Tuan Azora @ Ahmad Bin Shamsudin, ketua-ketua jabatan dan ahli-ahli Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.