
15 Februari 2025 (Sabtu) – Telah diadakan Hari Keluarga & Sukaneka 2025 Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja Bandar Diraja di Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Tuan Mohamad Nasir Bin Jusoh. Turut hadir sama Setiausaha Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, TPr Zuraidah Binti Abdul Majid, Ahli-Ahli Majlis, kakitangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja serta ahli-ahli keluarga MPP.
Juara keseluruhan bagi rumah sukan pada tahun ini telah dimenangi oleh Rumah Kuning. Manakala naib johan dimenangi oleh Rumah Ungu dan diikuti Rumah Hijau dan Rumah Merah.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta yang menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Semoga program ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara warga kerja Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.