PEKAN, 11 MAC 2025 – Telah diadakan Penilaian Pertama Pertandingan Gerai Bersih Bazar Ramadan 2025 di Bazar Ramadan Taman Tasik Sultan Abu Bakar Pekan.
Pertandingan ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran peniaga tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang bersih dan kondusif.