30 April 2025 – Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja bagi sesi 2025-2026 melibatkan tambahan seramai 8 orang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Bunga Pekan, Majlis Perbandaran Pekan di hadapan Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Mohamad Nasir Bin Jusoh, AAP dan turut disaksikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Puan TPr Zuraidah binti Abdul Majid, Ahli Majlis (sedia ada) serta Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini dan semoga Ahli-Ahli Majlis yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah serta dapat mencurahkan khidmat bakti yang terbaik untuk masyarakat dan daerah Pekan Bandar Diaja.