PEKAN, 01 JULAI 2025 -Program ‘Walk-About’ YB. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, DSAP., DIMP., AMP., AMN., PKT. yang mana tujuan utamanya adalah untuk menyelaras, membincang dan menyelesaikan isu-isu berkaitan kebersihan, keindahan dan kemudahan Infrastruktur yang merupakan perkara penting yang sangat dititikberatkan bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk.
Program dimulai dengan taklimat ringkas oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Mohamad Nasir Bin Jusoh. Turut hadir bersama pada program ini adalah semua ahli majlis dan agensi teknikal seperti JKR, JPS, PAIP, SWCorp, Alam Flora Sdn. Bhd., Roadcare Malaysia Sdn. Bhd, YP Maintenance Sdn. Bhd, SMR Selenggara (Pahang) Sdn. Bhd. Program yang bermula di Pekan Riverfront dan berakhir di Peramu ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Pahang, En. Norden Bin Zakaria.
Sebelum program berakhir, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, menyeru kepada semua Ahli Majlis dan agensi yang hadir agar terus melaksanakan peranan masing-masing dalam memastikan kebersihan dan keceriaan Bandar Pekan.