PEKAN, 15 Jun 2026 – Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Batu-Nenasi, Pekan bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RKK Tanjung Batu-Nenasi ini berlangsung selama sebulan bermula 2 Jun 2026 hingga 1 Julai 2026. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih mampan dan memperkukuhkan lagi kedudukan Daerah Pekan sebagai kawasan strategik yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajuTerusPahang #majlisperbandaranpekanbandardiraja #Pahang1st #pekanbandardiraja #megahprogresifpermai