PEKAN, 22 JUN 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato’ Wira Dr. M Noor Azman Taib telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan serta mengadakan lawatan ke tapak cadangan Pembangunan Pelancar Roket Angkasa Antarabangsa di Mukim Bebar, Pekan.
Turut hadir bersama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib.
Cadangan pembangunan ini berpotensi menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor teknologi angkasa dan industri berimpak tinggi, di samping memperkukuh kedudukan Negeri Pahang sebagai lokasi strategik bagi pelaburan masa hadapan.
Sesi lawatan turut melibatkan Pantai Saujana Biru bagi melihat keadaan kawasan sekitar serta menilai aspek berkaitan pelaksanaan pembangunan projek.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajuTerusPahang #Pahang1st #MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja