PEKAN, 22 Jun 2026 – Telah diadakan Kempen Kesihatan Persekitaran, Kempen Kawalan Infestasi Lalat bertempat di Pasar Besar Pekan. Kempen ini diadakan selaras dengan Program Kempen Kesihatan Persekitaran oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Kempen ini telah dihadiri oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, TPr Hajah Zuraidah binti Abdul Majid, diiringi oleh Ahli-Ahli Majlis MPPBDR.
Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Daerah Pekan, kakitangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, SWCorp Pekan, Alam Flora Sdn. Bhd., serta peniaga-peniaga Pasar Besar Pekan.
MPPBDR mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen ini. Semoga usaha bersama ini dapat memastikan Daerah Pekan sentiasa bersih, sihat dan bebas daripada infestasi lalat.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajuTerusPahang #Pahang1st #MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja