PEKAN, 27 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPPBDR) telah menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) “Koi Nak Sihat” Peringkat Daerah Pekan yang berlangsung di Dewan Mempelas, Kampung Baru Salong, hari ini.
Penyertaan MPPBDR dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dan komuniti setempat.
Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja mengucapkan penghargaan kepada pihak penganjur serta semua agensi yang telah menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan bersama.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajuTerusPahang #Pahang1st #MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #PekanBandarDiraja #MegahProgresifPermai