PEKAN, 24 July 2026 – Telah berlangsung Majlis Penutup Program Intervensi Pengurusan Berat Badan, Fit and Eat Right (IFITER) 2026 Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja bersama Wellness Hub Pekan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan disiplin sepanjang program berlangsung. Tahniah atas usaha dan pencapaian dalam mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Semoga ilmu, pengalaman dan amalan yang diperoleh sepanjang program ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan gaya hidup aktif, pemakanan seimbang dan kesihatan yang lebih baik.
Jutaan terima kasih kepada Wellness Hub Pekan atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Program IFITER 2026 dari awal hingga ke penghujung pelaksanaan.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajuTerusPahang #Pahang1st #MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja