PEKAN, 25 Ogos 2026 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang.
Majlis disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berkenan bercemar duli berangkat ke majlis sambutan tersebut.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyemarakkan rasa cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mengajak kita untuk terus menghayati dan mencontohi akhlak serta sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajuTerusPahang #majlisperbandaranpekanbandardiraja #Pahang1st #megahprogresifpermai #pekanbandardiraja