6 OGOS 2021 – Program Turun Padang YH. Dato’ Yang Dipertua, YH. Dato’ Hj. Zainal Abidin bin Md Amin, DIMP., AMP. bagi memantau aktiviti dan isu-isu berkaitan pelesenan. Tumpuan lokasi pada kali ini adalah di kawasan Chini Pekan. Turut hadir bersama, En. Abu Bakar b. Muhammad, Ahli Majlis, Majlis Daerah Pekan.
Program dimulai dgn lawatan ke salah satu bangunan kedai untuk dijadikan bangunan sarang burung walit di kawasan Ketapang. Kemudiannya terus ke pejabat MDP Cawangan Chini dan turut singgah ke Pejabat YB ADUN Chini. Program berakhir dengan lawatan ke Kilang Sawit FGV Palm Industries Sdn. Bhd. di Chini 2.
Terima kasih juga diucapkan kepada YB ADUN Chini kerana sudi melapangkan masa menerima kunjungan kami dan berbincang sedikit sebanyak mengenai perkembangan di chini.