Penolong Jurutera

Expired on: 14 February 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Engineering
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Contract For Service (CFS)
Gred: JA5
Kelayakan Akademik: DIPLOMA
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki & Perempuan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
    2. Diploma Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Pekan dan membuat kajian semula mengikut perkembangan teknologi.
  • Menterjemah dasar, strategi, dan inisiatif Bandar Pintar Negeri kepada pelan tindakan serta menggerakkan penglibatan agensi dan pihak berkepentingan.
  • Merancang, membangun, dan memantau pelaksanaan projek atau program agar mencapai outcome yang ditetapkan.
  • Menyediakan pelaporan kepada Jawatankuasa Bandar Pintar Majlis Perbandaran Pekan, Jawatankuasa Bandar Pintar Negeri Pahang dan Majlis Digital Pahang serta membuat permohonan peruntukan kepada pihak berkaitan.
  • Membina platform inovasi dan perkongsian idea untuk penyelesaian pintar serta membuka peluang kerjasama antara sektor awam dan swasta.
Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.
Updated on 17 February 2025, 11:28

Share