Expired on: 14 February 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Contract For Service (CFS)
Gred: N1
Kelayakan Akademik: SPM
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki Sahaja
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
-
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- SPM Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,561.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen memandu kelas B2.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
- Memastikan kupon meletak kenderaan dipamerkan pada kenderaan di dalam petak parkir yang disediakan.
- Memastikan kenderaan diletakkan di dalam keadaan teratur.
- Mengenalpasti jenis kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kenderaan).
- Mengeluarkan kompaun/ saman kepada pengguna yang ingkar/ memalsukan dokumen dan mempamerkan kupon yang menggelirukan.
Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.