Pembantu Tadbir (P/O)

Expired on: 14 February 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Personel MySTEP
Gred: N1
Kelayakan Akademik: SPM
Jumlah Kekosongan: 4 (Empat)
Jantina: Lelaki & Perempuan
Kadar Upah: RM1700.00

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ; atau
    2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. ; atau
    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; atau
    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.
Updated on 17 February 2025, 11:25

Share