18 April 2025 (Jumaat) – Telah diadakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) sempena Program Kembara Pahang 1.0 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Pantai Lagenda, Pekan.
Seramai 300 orang telah melibatkan diri dalam program ini yang datang dari pelbagai agensi kerajaan dan institusi pendidikan di sekitar Pekan. Program ini merupakan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.