PEKAN, 23 OGOS 2025 – Majlis Penyerahan Kunci Rumah bagi Program Bina Baharu Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) telah berlangsung pada hari ini.
Pada kali ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan permohonan dua (2) unit rumah di bawah program tersebut, masing-masing satu (1) unit di Kg. Pulau Jawa dan satu (1) unit di Kg. Alor Ara, Pekan.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Peramu Jaya. Turut hadir, Puan TPr Zuraidah binti Abdul Majid, Setiausaha Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, YM. Tengku Dato’ Jamil Iklil bin Tengku Hussin, Ahli Majlis MPPBDR merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 dan En. Badrul Hisham bin Haji Abdul Rapar, Ahli Majlis MPPBDR merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4.
Lihat galeri gambar di sini.