22 Oktober 2025 (Rabu) – Sesi Pembukaan Pengauditan Sirim bagi Sistem Pengurusan Bersepadu MS ISO 9001:2015, MS ISO 37001:2016, ISO/IEC 27001:2022 telah diadakan di Dewan Mesyuarat Bunga Pekan pada pagi tadi. Sesi pembukaan pengauditan ini telah dipengerusikan oleh TPr Zuraidah binti Abdul Majid, Setiausaha Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Jabatan MPPBDR dan Juruaudit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Semoga semua yang terlibat dipermudahkan urusan dan sesi audit ini berjalan lancar.
Lihat galeri gambar di sini.
#majlisperbandaranpekanbandardiraja #pahang1st #megahprogresifpermai #pekanbandardiraja