
YDP's Message
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Laman Portal Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPP).
Saya mengucapkan selamat datang ke Portal Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPP). Harapan saya agar kunjungan ini akan memberi manfaat kepada semua pengunjung sebagai satu saluran untuk berurusan dengan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
Pekan is a Royal City that is planned in various aspects covering infrastructure, socio-economics, municipal services, landscape, public facilities and sports.
Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja merupakan perancang utama pembangunan dan perkhidmatan di Perbandaran Pekan. Oleh yang demikian, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja telah mempunyai satu halatuju yang jelas dan strategi yang mantap bagi memastikan perancangan, pembangunan dan perkhidmatannya sentiasa berkualiti, cekap dan menepati kehendak pelanggan.
The council has also provided various facilities for the comfort of the public and tourists with recreational facilities, business centers, infrastructure facilities and so on.
Kebersihan kawasan, keceriaan dan keindahan landskap di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja amat dititikberatkan demi kesejahteraan rakyat Pekan.
Sehubungan dengan itu, menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan kemudahan awam adalah di bawah tanggungjawab kita bersama demi kelestarian kawasan Pekan dan kegunaan kemudahan awam bersama dan bukannya diletakkan di bahu Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja sahaja.
Pihak Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Pekan dan semua agensi kerajaan dan swasta kerana telah memberi kerjasama dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian kawasan Pekan.
Akhir kata, bagi memastikan agar Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja akan terus memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya, saya berharap pengunjung-pengunjung yang melayari laman portal Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dapat memberikan cadangan dan pandangan yang membina. Ini amatlah dialu-alukan demi untuk kebaikan kita semua.
Thank you.
Mohamad Nasir Bin Jusoh, AAP.
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja