CARTA ORGANISASI
DALAM PROSES KEMASKINI
Fungsi Unit
- Menilai pegangan harta baru dan harta pindaan senarai nilaian berkadar di seluruh kawasan operasi bercukai MPP.
- Menilai pegangan harta baru milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Angkatan Tentera Malaysia di seluruh kawasan operasi MPP.
- Menerima, memproses, mengurus segala bantahan dan rayuan pemilik harta tanah yang tidak berpuashati ke atas nilai kadaran yang dikuatkuasakan.
- Menambah dan memperluaskan kawasan kutipan cukai secara berperingkat mengikut pembangunan kawasan dan tempat.
- Memastikan semua pegangan yang bercukai sentiasa selamat dan diselenggara didalam sistem berkomputer MPP.
- Mengurus dan memproses Bil Cukai Taksiran Am dan Notis E di dalam sistem berkomputer MPP.
- Memastikan penghantaran Bil Cukai Taksiran Am & Notis E dibuat bagi setiap penggal setiap tahun.
- Menerima, memproses, mengurus permohonan bagi mesyuarat dibawah Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Harta .
- Menyediakan laporan bagi tuntutan Caruman Membantu Kadar bagi harta Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
- Penyediaan maklumat, laporan, mesyuarat dan tindakan serta pemantauan hartanah yang terlibat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 (Akta 663), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).
- Memastikan setiap pengurusan bangunan berstrata berfungsi dengan baik dan sempurna.
- Mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama yang dilaksanakan oleh pemaju, badan pengurusan bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
- Menguatkuasa akta,peraturan dan garis panduan berkaitan.