Pembantu Penguat Kuasa

Tamat tempoh pada: 14 Februari 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Contract For Service (CFS)
Gred: KP1
Kelayakan Akademik: SPM
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki Sahaja

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
    2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
    3. SPM Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).

      dan
  3. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Menguatkuasakan undang-undang yang diguna pakai oleh Pihak berkuasa Tempatan.
  • Melaksanakan tugasan mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan apa-apa arahan yang diberi dari semasa ke semasa.

Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.
Dikemas kini pada 17 Februari 2025, 11:25

Kongsi