Pembantu Tadbir (Attendan Letak Kereta)

Tutup pada: 14 Februari 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Contract For Service (CFS)
Gred: N1
Kelayakan Akademik: SPM
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki Sahaja

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
    2. SPM Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,561.00); atau
    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
  3. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen memandu kelas B2.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Memastikan kupon meletak kenderaan dipamerkan pada kenderaan di dalam petak parkir yang disediakan.
  • Memastikan kenderaan diletakkan di dalam keadaan teratur.
  • Mengenalpasti jenis kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kenderaan).
  • Mengeluarkan kompaun/ saman kepada pengguna yang ingkar/ memalsukan dokumen dan mempamerkan kupon yang menggelirukan.

Mohon jawatan ini

Sila isi borang di bawah untuk menghantar permohonan kerja anda.

1. Tuan/ Puan dikehendaki mengemukakan maklumat berikut sebelum tarikh tutup permohonan :

  1. Sijil Kelahiran yang telah disahkan
  2. Kad Pengenalan yang telah disahkan
  3. Surat Pengesahan Permastautin bagi calon/ibu/bapa yang bukan anak Pahang
  4. Sijil Berhenti Sekolah yang telah disahkan
  5. Sijil/ Diploma/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang telah disahkan dan salinan transkrip. (calon yang belum menerima Sijil/ Diploma dan hanya mempunyai transkrip akademik tidak layak memohon)
  6. Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam tetap/ kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengemukakan Laporan Nilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun (jika berkaitan).

2. Sila tulis ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat.

3. Tuan/puan boleh mengemukakan maklumat di atas ke alamat :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PEKAN
JALAN MAHKOTA
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR
(U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .jpeg, .jpg, .png

Butir-Butir Peribadi

Maklumat Bapa

Maklumat Ibu

Pengalaman Kerja (1)

Pengalaman Kerja (2)

Pengalaman Kerja (3)

Hubungan Dengan Pegawai MPP (Jika Ada)

Rujukan (1)

Isikan nama, alamat, nombor telefon dan pekerjaan orang selain dari saudara-mara yang boleh memberi maklumat mengenai diri pemohon.

Rujukan (2)

Isikan nama, alamat, nombor telefon dan pekerjaan orang selain dari saudara-mara yang boleh memberi maklumat mengenai diri pemohon.

Dikemas kini pada 4 Februari 2025, 20:33

Kongsi