Penolong Jurutera

Tutup pada: 14 Februari 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Contract For Service (CFS)
Gred: JA5
Kelayakan Akademik: DIPLOMA
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki & Perempuan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
    2. Diploma Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Pekan dan membuat kajian semula mengikut perkembangan teknologi.
  • Menterjemah dasar, strategi, dan inisiatif Bandar Pintar Negeri kepada pelan tindakan serta menggerakkan penglibatan agensi dan pihak berkepentingan.
  • Merancang, membangun, dan memantau pelaksanaan projek atau program agar mencapai outcome yang ditetapkan.
  • Menyediakan pelaporan kepada Jawatankuasa Bandar Pintar Majlis Perbandaran Pekan, Jawatankuasa Bandar Pintar Negeri Pahang dan Majlis Digital Pahang serta membuat permohonan peruntukan kepada pihak berkaitan.
  • Membina platform inovasi dan perkongsian idea untuk penyelesaian pintar serta membuka peluang kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Mohon jawatan ini

Sila isi borang di bawah untuk menghantar permohonan kerja anda.

1. Tuan/ Puan dikehendaki mengemukakan maklumat berikut sebelum tarikh tutup permohonan :

  1. Sijil Kelahiran yang telah disahkan
  2. Kad Pengenalan yang telah disahkan
  3. Surat Pengesahan Permastautin bagi calon/ibu/bapa yang bukan anak Pahang
  4. Sijil Berhenti Sekolah yang telah disahkan
  5. Sijil/ Diploma/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang telah disahkan dan salinan transkrip. (calon yang belum menerima Sijil/ Diploma dan hanya mempunyai transkrip akademik tidak layak memohon)
  6. Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam tetap/ kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengemukakan Laporan Nilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun (jika berkaitan).

2. Sila tulis ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat.

3. Tuan/puan boleh mengemukakan maklumat di atas ke alamat :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PEKAN
JALAN MAHKOTA
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR
(U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .jpeg, .jpg, .png

Butir-Butir Peribadi

Maklumat Bapa

Maklumat Ibu

Pengalaman Kerja (1)

Pengalaman Kerja (2)

Pengalaman Kerja (3)

Hubungan Dengan Pegawai MPP (Jika Ada)

Rujukan (1)

Isikan nama, alamat, nombor telefon dan pekerjaan orang selain dari saudara-mara yang boleh memberi maklumat mengenai diri pemohon.

Rujukan (2)

Isikan nama, alamat, nombor telefon dan pekerjaan orang selain dari saudara-mara yang boleh memberi maklumat mengenai diri pemohon.

Dikemas kini pada 4 Februari 2025, 20:32

Kongsi