Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
-
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau - Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau - Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
Mohon jawatan ini
Sila isi borang di bawah untuk menghantar permohonan kerja anda.
1. Tuan/ Puan dikehendaki mengemukakan maklumat berikut sebelum tarikh tutup permohonan :
- Sijil Kelahiran yang telah disahkan
- Kad Pengenalan yang telah disahkan
- Surat Pengesahan Permastautin bagi calon/ibu/bapa yang bukan anak Pahang
- Sijil Berhenti Sekolah yang telah disahkan
- Sijil/ Diploma/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang telah disahkan dan salinan transkrip. (calon yang belum menerima Sijil/ Diploma dan hanya mempunyai transkrip akademik tidak layak memohon)
- Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam tetap/ kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengemukakan Laporan Nilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun (jika berkaitan).
2. Sila tulis ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat.
3. Tuan/puan boleh mengemukakan maklumat di atas ke alamat :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PEKAN
JALAN MAHKOTA
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR
(U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)