Penolong Pegawai Undang-Undang

Tamat tempoh pada: 14 Februari 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Perundangan dan Kehakiman
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Contract Of Service (COS)
Gred: L5
Kelayakan Akademik: DIPLOMA
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki & Perempuan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred L5: RM1,893.00); atau
    2. Diploma dalam bidang Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred L5: RM1,974.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Menyemak fail dari bahagian berkaitan bagi penyediaan kertas siasatan.
  • Menyemak kertas-kertas saman, pertuduhan dan pengaduan sebelum pendaftaran saman (e-filing) Mahkamah.
  • Penyerahan notis saman kes Mahkamah.
  • Menjalankan pendakwaan/ sebutan atau bicara kes-kes Majlis di Mahkamah.
  • Melaksanakan operasi waran tangkap bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Membantu memberi taklimat atau kursus Undang-Undang kepada Jabatan-Jabatan berkaitan.
  • Menggubal, menyemak dan meminda undang-Undang Kecil, Peraturan dan Kaedah bagi tujuan pewartaan.

Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.
Dikemas kini pada 17 Februari 2025, 11:27

Kongsi