Cukai Taksiran Am
Maklumat Am
Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :
- Bangunan Kediaman
- Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel, Bengkel, dan Stesen Minyak)
- Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang)
- Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Pekan.
Jadual Jangkamasa Pembayaran Cukai Tahunan
01 Januari 2023 sehingga 30 Jun 2023 Penggal Pertama
01 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023 Penggal Kedua
Tindakan Jika Tidak Menjelaskan Bayaran dalam Tempoh
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti :-
- Notis Borang E akan dikeluarkan kepada anda. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda/bayaran lewat dikenakan kepada baki terakhir tunggakan – Seksyen 147 (I) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Jika masih gagal, waran tahanan (Warrant of Attachment) akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan Pegawai MPP yang diberi kuasa :-
- merampas (mensita) harta alih yang ada didalam bangunan.
- menutup bangunan daripada menjalankan operasinya (seksyen 148).
- melelong bangunan/tanah melalui pendaftar Mahkamah Tinggi (seksyen 151).
- Bayaran waran tahanan sebanyak 10% juga dikenakan.
- Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MPP bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut :-
- kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
- kelulusan pelan susunatur
- kelulusan pelan bangunan
- kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan
- Menuntut tunggakan melalui peguam MPP juga mengambil tindakan melalui peguam untuk memungut cukai taksiran am. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam kepada pemilik harta.
Pengedaran Bil/Notis Cukai Taksiran Am
- Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada
- Januari – 1/2 tahun pertama
- Julai – 1/2 tahun kedua
- Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada
- Mac – 1/2 tahun pertama
- September – 1/2 tahun kedua
- Jika anda tidak menerima bil/notis sila datang sendiri ke Kaunter Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Pekan dengan membawa :-
- Bil/Notis lama atau
- No. Akaun (jika ada) atau
- No. lot/rumah dan kedudukan harta