Lesen Permit Perniagaan
Borang Komposit boleh didapati di Bahagian Pelesenan, Majlis Perbandaran Pekan. Permohonan perlu disertai dengan :-
- Salinan Memorandum dan perkara Persatuan bagi syarikat dan Borang 49 mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965, atau Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan Borang D (Pengakuan Pendaftaran Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran 1956.
- Salinan surat perjanjian penyewaan atau sebarang dokumen yang bersangkutan dengan penyewaan tanah dan bangunan.
- Salinan Geran Tanah atau Lesen Menduduki Sementara.
- Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan yang disahkan (CFO) jika bangunan baru.
- Salinan permit bangunan yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pekan, jika bangunan sementara.
- Satu salinan pelan lokasi premis perniagaan.
- Satu salinan kad pengenalan / pasport
- Gambar premis perniagaan berukuran 3R (Gambar di bahagian luar depan premis).
- Dua keping gambar berwarna pemohon berukuran pasport.
- Bayaran memproses permohonan RM 10.00
Lesen Penjaja / Permit Sementara / Iklan
- Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Pekan dengan disertai dengan gambar pemohon berukuran pasport.
- Melengkapkan borang tersebut dengan menyatakan pelan lokasi serta gambar cadangan tapak perniagaan.