10 SEPTEMBER 2021 – Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Bayar & Menang Majlis Daerah Pekan diadakan secara Pandu Lalu (Drive Thru) telah berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah. Pemenang yang hadir adalah terdiri daripada pembayar cukai yang telah dipilih melalui cabutan peraduan Karnival Bayar & Menang.
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis yang terlibat iaitu Encik Mohd Saufi bin Abu Samah, Encik Abd. Rahim bin Yahaya, PJK, Encik Tay Kiang Pong dan Tan Teng Chuang dalam sesi penyampaian hadiah tersebut. Turut hadir bersama Tuan Setiausaha Majlis Daerah Pekan, En Mohamad Nasir bin Jusoh.